Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Waktu Bekerja Dikurangkan Ke 45 Jam Mulai 1 September

Waktu Berkerja Akan Dikurangkan dari 48 Jam Ke 45 Jam Seminggu
Waktu Berkerja

Waktu bekerja akan dikurangkan daripada 48 jam kepada 45 jam seminggu bermula 1 September apabila pindaan kepada Akta Kerja 1955 berkuat kuasa.

Perkara ini telah dimaklumkan kepada Dewan Negara oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim, semalam.

Waktu Bekerja
Sumber: Facebook

Menurut Datuk Awang Hashim pindaan waktu bekerja dapat memberikan pekerja lebih fleksibiliti dalam waktu bekerja mereka. beliau juga berharap dengan mengurangkan jumlah waktu bekerja seminggu, kebajikan pekerja dapat terpelihara.

Bagaimanapun, beliau menambah bahawa belum ada sebarang cadangan dari kerajaan untuk menetapkan tempoh empat hari seminggu bekerja.

Selain daripada pengurangan waktu berkerja, perubahan lain sedang dilakukan dalam usaha menyediakan rakyat Malaysia dengan jadual kerja yang lebih fleksibel.

Pindaan itu juga memperkenalkan seksyen baharu mengenai jadual kerja yang fleksibel, bagi membolehkan pekerja memohon kepada majikan untuk menjalankan kerja mengikut kesesuaian waktu bekerja, hari bekerja atau tempat kerja, termasuk bekerja dari rumah untuk situasi kecemasan seperti wabak COVID-19.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim

Mulai bulan depan, pekerja Malaysia juga boleh memohon jadual kerja yang lebih fleksibel, termasuk membuat perubahan pada hari bekerja, waktu kerja, serta lokasi tempat kerja mengikut Aturan Kerja Fleksibel (AKF) di bawah Akta Kerja 1995.

Sumber: Bernama

Total
0
Shares
Related Posts