Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Sejarah Hukuman Mati Di Malaysia

Baru-baru ini, Kerajaan Malaysia telah memansuhkan hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat di Malaysia susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846).

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh pemansuhan itu bertujuan menghormati hak setiap individu untuk hidup di Malaysia serta memastikan keadilan bagi semua pihak.

Prinsip asas yang ingin diberi penekanan oleh kerajaan di balik setiap hukuman di Malaysia adalah pemulihan supaya mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat dan menjadi individu yang berkhidmat kepada keluarga, masyarakat dan negara setelah menjalani hukuman.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh

Hukuman mati mempunyai sejarah yang lama dalam peradaban manusia, dan berlaku di hampir semua masyarakat. Namun bagaimana hukuman ini bermula di Malaysia?

Asal Usul Hukuman mati di Malaysia

Asal-usul hukuman mati boleh dilihat daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dimana ketika itu Melaka menggunakan undang-undang yang dinamakan “Hukum Kanun Melaka”.

Pada ketika itu, Hukum Kanun Melaka menggunakan undang-undang berteraskan Islam dimana ia terpecah kepada tiga kategori iaitu hudud, qisas dan takzir.

Seperti umum tahu, hukuman mati tergolong di bawah kategori qisas. Istilah ‘Qisas’ dari segi
bahasa adalah ‘hukuman yang sama ke atas pesalah seperti perbuatan bunuh di balas
bunuh
‘.

Dalam Hukum Kanun Melaka peruntukan mengenai hukuman mati hanya dikuatkuasakan kepada mereka yang melakukan jenayah membunuh, sekiranya sabit kesalahan.

Hukuman diwarisi selepas pemerintahan British

Untuk makluman, hukuman mati telah diperkenalkan dalam sistem keadilan jenayah Malaysia sejak pentadbiran kolonial British. Hukuman mati mandatori dikuatkuasakan untuk menghukum jenayah membunuh.

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957, ia mewarisi sistem common law termasuk hukuman mati yang diperkenalkan semasa pemerintahan British Malaya.

Di bawah Kepimpinan Bekas Perdana Menteri Ke-Empat Tun Dr Mahathir, perlaksanaan hukuman mati diperluaskan, dengan menambah peruntukkan hukuman mati bagi kesalahan mengedar dadah berbahaya.

Walau bagaimanapun, hukuman mati kekal mengikut budi bicara untuk Seksyen 39B sehingga 1983 apabila peruntukan undang-undang dipinda untuk menjadikannya mandatori. Undang-undang dadah Malaysia dianggap sebagai antara yang paling kental di dunia.

Kes Hukuman mati yang terkenal

Antara kes-kes yang terkenal adalah jenayah pembunuhan seorang warga singapura bernama Sunny Ang yang membunuh teman wanitanya Jenny Cheok semasa perjalanan menyelam skuba di perairan Pulau Subar Laut, Singapura pada Ogos 1963 ketika Singapura masih menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Jenayah itu mengejutkan Singapura dan Malaysia kerana ia adalah kes pertama bunuh tanpa mayat. Ang kemudiannya disabit kesalahan dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura kerana membunuh pada Mei 1965 berdasarkan keterangan tanpa mayat Cheok.

Baca Juga: Kenapa Cubaan Bunuh Diri Dianggap Satu Jenayah?

Ang akhirnya dihukum gantung di Penjara Changi Singapura pada 6 Februari 1967.

Sumber: journals, astroawani, straittimes

Total
0
Shares
Related Posts