Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Apa Itu Hedonisme? Falsafah Disebalik Kenikmatan

Hedonisme, berasal dari perkataan Yunani kuno “hedone” yang bermaksud keseronokan. Konsep falsafah ini menjadi satu simbolik untuk individu yang mengejar keseronokan dan mengelakkan kesakitan sebagai matlamat utama dalam kehidupan.

Sepanjang sejarah, ramai ahli falsafah telah mengkaji sifat hedonisme dan implikasinya terhadap manusia.

Apa itu Hedonisme?

Hedonisme adalah doktrin falsafah yang mengatakan bahawa kesenangan adalah kebaikan tertinggi. Seorang hedonis akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai tahap keseronokan yang tinggi dan mengejar apa sahaja yang membawa mereka kepada kebahagiaan.

Tetapi, apa yang menentukan keseronakan itu adalah keseronokan?

Menurut Aristippus of Cyrene keseronokan merupakan satu-satunya perkara yang dicari dalam hidup manusia.

Walau bagaimanapun, Epicurus menolak teori itu dan percaya bahawa kebahagiaan datang daripada fikiran yang tenang dan bebas daripada ketidakselesaan fizikal.

Beliau juga berkata bahawa penting untuk seseorang mengejar keseronokan sederhana untuk mengelakkan kesakitan masa depan.

Capai kebahagiaan tetapi kenapa merosakkan?

Happiness is not an ideal of reason but of imagination.” – Imannuel Kant

Kant berpendapat bahawa hidup semata-mata keseronokan akan melemahkan moral dari mengejar kewajipan seseorang. Dia percaya bahawa kepuasan sebenar datang daripada bertindak secara moral dan bukannya kesenangan peribadi.

Jika kita mengambil petikan ini ia menunjukkan bahawa kebahagiaan bersifat relatif.

Ini kerana ada individu yang melihat melakukan perkara tidak bermoral itu adalah perkara yang ‘membahagiakan’. Jadi, individu lebih terjerumus daripada melakukan perkara tersebut dan menganggap perbuatan itu yang terbaik.

Contoh melakukan seks bebas perkara itu dianggap sebagai satu bentuk ‘kebahagiaan’. Namun, individu yang melakukan perkara tersebut tidak memikirkan risiko yang bakal dialami dan bakal mengundang kesakitan kepada orang lain.

Walaupun hedonisme menawarkan pandangan untuk seseorang mengejar keseronokan, adalah penting untuk menyedari kesan negatif hedonisme supaya dapat pertimbangan nilai etika dan kesejahteraan dalam jangka panjang.

Sumber: britannica, faena

Total
0
Shares
Related Posts