Operasi mencari dan menyelamat pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, telah memasuki hari kelapan.
Walau bagaimanapun, terdapat lebih kurang empat hari sebelum kawasan pergunungan Everest ditutup sepenuhnya kepada semua pendaki bermula Isnin hadapan.
Operasi SAR terpaksa dihentikan & disambung tahun hadapan
Misi mencari dan menyelamat (SAR) mengatakan pencarian Muhammad Hawari terpaksa dihentikan jika belum menjumpai jejaknya sehingga 28 Mei ini (Ahad).
Jika tiada jejak Muhammad Hawari ditemui sehingga 28 Mei ini (Ahad) maka operasi SAR terhadapnya terpaksa dihentikan.
Baca Juga: Kenapa Mendaki Gunung Everest Dikata Menempah Maut?
Jika operasi SAR mahu disambung semula, ia hanya boleh dilakukan pada musim pendakian tahun hadapan di antara bulan April hingga Mei 2024
Pencarian Muhammad Hawari semalam difokuskan sekitar kem 4 berikutan terdapat kemungkinan mangsa naik semula menuju ke puncak Everest selepas berada di Kem 4 sebelum mengalami kemalangan.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.48 juta untuk Operasi SAR
Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menyalurkan bantuan sebanyak RM1.48 juta kepada Kelab Eksplorasi Altitud bagi operasi SAR mangsa.
Bantuan itu bagi membolehkan operasi SAR dilakukan sebelum semua aktiviti yang berlaku di pergunungan itu dihentikan pada isnin hadapan.
Jumaat lepas, Muhammad Hawari yang menyertai ekspedisi Malaysia Everest 2023 (ME2023) telah dilaporkan hilang ketika turun dari kem empat selepas menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu. Dia dipercayai terjatuh di kawasan kaki Gunung Lhotse, Nepal.