Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Peranti Android Boleh Dijadikan Sebagai Dashcam?

Penggunaan dashcam atau dashboard camera di dalam kenderaan dianggap sangat penting pada zaman kini supaya dapat dijadikan bukti apabila terlibat dalam sesuatu kemalangan.

Seperti umum tahu, harga untuk satu dashcam yang berkualiti sangat mahal dan tidak semua berkemampuan untuk membelinya.

Namun baru-baru ini Android dan Google telah mengeluarkan satu ciri baru yang mampu menjadikan telefon pintar anda sebagai dashcam.

Ciri dashcam diletakkan dalam aplikasi personal safety

Menurut laporan, Google secara tidak sengaja telah memaparkan fungsi dashcam dalam satu kemaskini terbaru yang akan diberikan didalam aplikasi personal safety.

Kemaskini ini akan membolehkan dashcam berfungsi secara automatik apabila disambungkan kepada fungsi Bluetooth kenderaan selain kesemua video yang dirakamkan akan dipadam selepas tempoh 3 hari bagi menjimatkan ruang penyimpanan telefon.

Malah, setiap video telah dikecilkan dan hanya bersaiz 30MB setiap minit dan tempoh rakaman maksimum adalah 24 jam.

Baca Juga: Laman Web ‘Ai’ Ini Mampu Cari Setiap Gambar Anda Di Internet?

Pun begitu, ada yang berpendapat ianya akan menyebabkan telefon pintar pengguna menjadi terlampau panas kerana ianya akan mengaktifkan pelbagai fungsi dalam satu masa yang sama, selain kedudukan papan pemuka yang biasanya terdedah kepada matahari tersebut.

Sumber: 9to5google

Total
0
Shares
Related Posts