Malaysia mengalami fenomena bahang cuaca panas, susulan musim peralihan monsun.
Cuaca panas dikatakan berada pada tahap amaran dengan suhu tertinggi melebihi 40 darjah Celsius di beberapa negeri.
Malah, ada beberapa kes dimana kanak-kanak meninggal dunia akibat daripada strok haba.
Malaysia mengalami kurang taburan hujan
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, fenomena cuaca panas yang melanda adalah disebabkan pemanasan taburan hujan yang kurang.
Baca Juga: Apa itu ‘Strok Haba’, Ketahui Tanda Serangan & Pencegahnya
Malah, beberapa negara lain, seperti Thailand juga mengalami cuaca panas sehingga mencecah 50 darjah celcius.
Panas masih ditahap normal
Jabatan meteorologi mengatakan bahawa fenomena ini dijangka tidak berlarutan disebabkan hujan dijangka berlaku di kebanyakan tempat dalam beberapa hari akan datang.
Oleh itu, rakyat Malaysia yang berkerja di luar bangunan disarankan untuk berhati-hati jika cuaca terlalu panas.
Sumber: hmetro