Tahukah anda purata masa yang dihabiskan oleh rakyat Malaysia menggunakan media sosial adalah sekitar lapan jam dan enam minit?
Ini bermakna rakyat Malaysia telah meluangkan masa selama dua jam dan 47 minit menghadap media sosial setiap hari.
Akan tetapi apa yang mampu kita buat untuk menghindari impak negatif daripada menghadap media sosial?
Kajian mendapati mengurangkan masa ber ‘media sosial’ mampu meningkatkan kesihatan
Satu kajian yang dilakukan Swansea University mendedahkan bahawa dengan mengurangkan masa menghadap media sosial selama 15 minit sehari mampu meningkatkan tahap kesihatan.
Kajian itu dilakukan lebih tiga bulan, penyelidik mengkaji kesan ke atas kesihatan fizikal dan fungsi psikologi apabila seorang individu mengurangkan penggunaan media sosial mereka sebanyak 15 minit sehari.
Baca Juga: Kerajaan Selangor Beri Rawatan Percuma Kesihatan Mental
Hasil daripada kajian itu akan dibandingkan dengan kumpulan yang tidak diminta untuk mengurangkan penggunaannya.
Kajian ke atas dua kumpulan tersebut mendapati kumpulan yang mengurangkan penggunaan media sosial lebih sihat. Malah, kumpulan tersebut didapati mempunyai tidur yang lebih nyenyak, tidak selesema dan kurang tertekanan.
Direka sebagai satu ketagihan
Menurut kajian yang diterbitkan oleh Persatuan Psikologi Amerika, platform media sosial direka sebagai satu ketagihan. Penggunaan media sosial dikaitkan dengan depresi, kemurungan, dan juga beberapa penyakit fizikal.
Kajian itu mendapati bahawa remaja dan dewasa muda yang mengurangkan penggunaan media sosial untuk hanya beberapa minggu dapat meningkatkan produktiviti dan penampilan keseluruhan mereka.
Walaupun, media sosial digunakan sebagai alat pemberi maklumat, adalah penting untuk menggunakannya secara sederhana dan mengutamakan kesihatan untuk mengelakkan kesan negatif terhadap mental dan fizikal.
Sumber: APA, neurosciences, statista.com