Seorang lelaki terkejut apabila menemui kain buruk dalam hidangan supnya yang disangkakan adalah perut lembu.
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Ning, berkata dia amat terkejut apabila melihat sehelai kain gelap yang besar ketika sedang makan hidangan yang dipesannya dari rangkaian restoran Shao Hotpot di Chengdu, wilayah Sichuan, di barat daya China.
Ning berkata mereka pada mulanya menyangka ia adalah sekeping perut lembu yang besar.
Ning bagaimanapun berasa pelik ketika cuba memotongnya pada saiz lebih kecil. Ketika itu barulah dia sedar bahawa kepingan perut lembu itu bukanlah perut lembu sebaliknya kain buruk yang digunakan di dapur.
Baca Juga: Saintis Jepun Temui Nyamuk Aedes ‘Kebal’ Fogging?
Ning kemudian segera menghubungi restoran yang menyediakan sup terbabit dan pemilik restoran mengakui kesilapan mereka. Ning kemudian ditawarkan ganti rugi sebanyak tiga kali ganda nilai sup terbabit.
Difahamkan, Ning bagaimanapun enggan menerima pampasan itu dan mahu campur tangan oleh pihak kerajaan atas perkara yang berlaku.
Sumber: SCMP