Glasier dunia cair dan menghilang lebih cepat daripada yang disangkakan oleh saintis.
Menurut satu kajian terbaharu, dua pertiga glasier akan lenyap menjelang akhir abad ini mengikut aliran perubahan iklim semasa.
Kajian glasier dapati ia sedang menuju kepupusan.
Dunia kini berada di landasan untuk kenaikan suhu 2.7 darjah Celsius sejak zaman praindustri, menjelang tahun 2100 bermakna kehilangan 32 peratus daripada jisim glasier dunia, atau 68 peratus daripada glasier hilang.
Dalam senario buruk, 83 peratus daripada glasier dunia mungkin hilang menjelang tahun 2100. Kehilangan itu akan mengakibatkan risiko seperti kejadian banjir dan kehilangan tempat bersejarah yang bakal dilitupi dengan air.
Baca Juga: Imej Satelit Dedah Lebih 1/3 Kawasan Di Pakistan Tenggelam
Keadaan itu akan meningkatkan kenaikan paras laut sebanyak 4.5 inci (115 milimeter) sebagai tambahan kepada laut yang sudah menjadi lebih besar daripada lembaran ais yang mencair.
Para saintis berkata kenaikan paras laut pada masa depan akan lebih didominasi daripada pencairan kepingan ais, bukan glasier.
Sumber: theweek