Syarikat induk Facebook, Meta, telah mengeluarkan Laporan Adversarial Threat terbaru pada tahun ini. Laporan itu memperincikan risiko dan pelanggaran polisi yang mereka peroleh di seluruh dunia.
Menurut laporan Quarterly Adversarial Threat oleh Meta, Meta telah menemui beberapa laman ‘pages‘ dari Malaysia yang melanggar polisi Coordinated Inauthentic Behaviour (CIB). Sejumlah 596 akaun Facebook, 180 laman ‘pages‘ Facebook, 11 Group Facebook dan 72 akaun Instagram yang berkait dengan ‘Troll Farm‘ telah dipadamkan.
Untuk makluman, CIB adalah usaha Meta dalam mencari akaun palsu yang memanipulasi perdebatan awam untuk matlamat strategik dan mengelirukan umum di platform Meta.
Apa yang lebih mengejutkan, laporan itu mendedahkan “Troll Farm” tersebut mempunyai kaitan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ini kerana pada mulanya Meta, mengesyaki pemilik akaun dan group kesalahan CIB berasal dari China, namun Meta menemui perkara tersebut mempunyai kaitan dengan Polis Diraja Malaysia.
We found this network after reviewing information about a small portion of this activity initially suspected to have originated in China by researchers at Clemson University. Although the people behind it attempted to conceal their identity and coordination, our investigation found links to the Royal Malaysia Police,”
– Meta Adversarial Threat Report Q2 2022
Meta juga melaporkan ladang troll itu bersifat politik kerana aktiviti akaun, pages dan group terutamanya meme dalam Bahasa Malaysia menggambarkan sokongan terhadap kerajaan semasa dan pada masa yang sama mengkritik korupsi.
Walau bagaimanapun, PDRM masih belum membuat maklum balas terhadap perkara tersebut, jadi korang jangan memandai pula buat spekulasi, nanti akaun kena padam…