Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Nicolas Cage Percaya Dirinya Seorang Alien?

Pelakon ‘Ghost Rider’ Nicolas Cage mendakwa sejak kecil sering dimomokkan dia adalah makhluk asing yang turun ke bumi dan bukannya manusia.

Nicolas berkata, perkara itu bermula daripada bapanya apabila bapanya mendakwa dia tidak seperti manusia biasa sehingga dia percaya apa diperkatakan.

Waktu kecil, bapa beritahu bahawa saya tidak seperti manusia biasa kerana saya adalah seorang alien.

Nicholas Cage

Disebabkan itu, pelakon itu membesar sebagai seorang yang kurang keyakinan diri kerana percaya dia bukan seperti manusia normal lain.

Baca Juga: Ibu Buang Kuda Mainan Selepas Anak Sering Diganggu Makhluk Mistik?

David Bowie banyak mengubah Nicolas terhadap kehidupan

Bagaimanapun Nicholas mendedahkan pelakon dan penyanyi David Bowie telah mengubah kehidupannya selain menjadikan dia lebih yakin berdepan dengan orang ramai.

Saya mengalami masalah dalam berkomunikasi dengan orang tetapi selepas menonton lakonan David dalam filem The Man Who Fall to Earth, saya jadi lebih yakin.

Malah, disebabkan itu Nicolas ingin menjadi pelakon kerana merasakan dirinya lain daripada orang lain.

Sebab itu saya jadi pelakon kerana saya merasakan bahawa diri saya lain daripada orang normal,

Beli barangan yang pelik untuk mengatasi trauma

Disebabkan merasakan dirinya unik, Nicolas telah membuat beberapa pembelian aneh, seperti ular tedung albino, karya seni eksotik, rumah agam yang dikatakan berhantu dan tengkorak Tyrannosaurus yang dicuri bernilai $276,000. Pembelian itu disifatkan dapat membantunya mengatasi trauma.

Dia juga membeli tanah di tanah perkuburan di New Orleans pada 2010 untuk membina makam piramid setinggi 9 kaki untuk menjadi tempat berehat terakhirnya.

Sumber: Vanityfair

Total
0
Shares
Related Posts