Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kipas Siling Jatuh, Pelajar Patah Jari

Kes kipas siling jatuh bukanlah perkara baru tetapi sudah pernah berlaku sama ada disebabkan kipas sudah uzur, skru longgar mahupun disebabkan pemasangan yang tidak sempurna.

Baru-baru ini, seorang murid perempuan yang didapati cedera di bahagian dada dan patah jari tangan kiri selepas dihempap kipas siling yang uzur dan berkarat di sekolah.

Kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi dan menyebabkan kecederaan ringan kepada murid tersebut.

Kecewa tiada tindakan segera

Bapa mangsa yang dikenali sebagai Mohd, 32, merasa agak terkilan apabila pihak sekolah tidak menyegerakan rawatan anaknya dan mangsa lain, sebaliknya menunggu ibu bapa hadir membawa sendiri anak ke hospital.

Ketika isteri tiba di sekolah, keadaan tangan anak ketika itu sudah bertukar warna.

Baca juga: Cikgu Fadli Jelas Perkara Sebenar, Tak Halang Individu Cari Salah Lama

Saya dan isteri menerima takdir anak ditimpa kemalangan kerana ia bukanlah disengajakan, cuma kami terkilan dengan tindakan pihak sekolah yang melambatkan proses rawatan ke atas anak saya dan mangsa lain.

Kejadian itu turut melibatkan tiga murid perempuan dan masing-masing berusia lapan tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts