Pemandu bot pancing berhadapan detik cemas apabila seorang wanita hamil jatuh di hadapan botnya ketika berada berdekatan Jambatan Pulau Pinang.
Memetik laporan Harian Metro, kejadian itu disedari seorang pemandu bot, Mohd Sobri Karim ketika mahu merapatkan bot pada tiang berkenaan kira-kira pukul 6.45 petang pada Ahad 16 Oktober.
Menurut Sobri wanita hamil itu hampir lemas di bawa arus ketika dia terjatuh selepas terjun dari jambatan.
Saya lihat mangsa sedang tenggelam timbul kerana arus, saya menarik tangannya dan ikat dengan tali pengikat bot supaya dia tidak tenggelam.
Mangsa dipercayai sedang sarat mengandung
Mangsa itu berjaya diselamatkan dan dipercayai dalam lingkungan 20-an dan sarat mengandung. Malah, dalam perjalanan ke Pangkalan Polis Marin di Batu Uban, wanita itu hanya menangis dan memegang perutnya.
Setiba di lokasi, wanita hamil itu diserahkan kepada polis dan anggota perubatan.