Lebih 50 tahun lalu, seekor anjing bernama ‘Pickles’ membantu menyelesaikan jenayah berprofil tinggi selepas trofi Piala Dunia yang dikenali sebagai Jules Rimet hilang dicuri semasa pameran awamnya di Methodist Central Hall di Westminster.
Macam mana trofi Piala Dunia boleh hilang?
Semuanya bermula apabila trofi piala dunia dicuri ketika berada di pameran awam Westminster Central Hall di London, pada 20 Mac 1966 di England.
Sebaik kecurian itu, Kelab Bola Sepak Chelsea menerima sebuah bungkusan yang mengandungi bahagian atas trofi dan surat meminta wang tebusan sebanyak £15,000 untuk pemulangannya.
Jika saya tidak mendengar khabar daripada anda selewat-lewatnya pada Khamis atau Jumaat, saya menganggap ia adalah satu untuk POT
Surat ugutan itu telah mencetuskan operasi polis berskala penuh. Malah,polis berjaya menahan seorang individu bernama Edward Betchley dalam operasi itu.
Namun, Betchley enggan mendedahkan lokasi trofi itu dan disabitkan bersalah atas bahagiannya dalam kejadian itu dan dipenjarakan selama dua tahun penjara.
Anjing bernama ‘Pickles’ jumpa trofi Piala Dunia
Tujuh hari selepas trofi itu dicuri, Pickles menemukan trofi itu dibungkus kertas, di sebuah kawasan pinggiran London Selatan ketika berjalan-jalan dengan pemiliknya, David Corbett.
Pada mulanya, Corbett menganggap bungkusan itu adalah bom. Namun, ketika dia membuka bungkusan itu ternyata bungkusan yang ditemui anjingnya adalah trofi Piala Dunia yang hilang.
Saya mengoyakkan sedikit dan menemukan perkataan Brazil, Jerman Barat dan Uruguay. Saya mengoyakkan hujung yang lain dan ternyata itu adalah trofi piala dunia.
David Corbett
Corbett kemudiannya menghantar piala tersebut ke balai polis Gypsy Hill di Crystal Palace. Namun dia dianggap suspek dalam kecurian itu dan disoal siasat oleh Scotland Yard. Selepas disiasat Corbett didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada kesalahan dan menerima wang ganjaran £5,000 ($6,600).
Pickles telah diberi penghormatan oleh Liga Pertahanan Anjing Kebangsaan dan dianugerahkan pingat perak atas peranannya dalam memulihkan trofi Jules Rimet.
Individu terlibat dalam mencuri trofi piala dunia diketahui pada 2018
Siapakah yang bertanggungjawab membawa keluar trofi tersebut? Apakah motif kejadian? Bagaimana ia boleh ditemui di tepi jalanan di Selatan London? Siapa disebalik kehilangan trofi Piala Dunia pada 1966 kekal misteri sehingga 2018.
Pada 2018, Gary Cugullere mendedahkan bahawa bapanya Reg dan bapa saudaranya Sidney telah mencuri trofi itu “untuk keseronokan”.
Walau bagaimanapun, Sidney, 79, meninggal dunia akibat kanser pada 2005 dan tidak pernah didakwa atas jenayah itu. Reg pula meninggal dunia pada 2012.