Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Bagaimana Sesuatu Perkataan Dapat Masuk Ke Dalam Kamus?

Individu Yang Bertanggungjawab Untuk Menyusun Perkataan Adalah Lexicographer

Pernah tak korang terfikir bagaimana sesuatu perkataan masuk ke dalam kamus?

Adakah seseorang membuat keputusan atau adakah ia perlu melalui beberapa orang sebelum diberi kebenaran untuk diterbitkan?

Dalam artikel ini, kita akan melihat bagaimana perkataan masuk ke dalam kamus.

Macam mana sesuatu perkataan boleh menjadi perkataan?

Photo by Joshua Hoehne on Unsplash

Secara ringkasnya, perkataan masuk ke dalam kamus apabila perkataan tersebut menjadi popular.

Perkataan baharu, seperti slang dan singkatan ditambahkan ke dalam kamus apabila perkataan itu mula digunakan oleh orang ramai dan kerap dituturkan.

Sebaik sahaja perkataan difahamkan maknanya, barulah perkataan tersebut dipertimbangkan untuk ditambah ke dalam kamus.

Proses ini bukanlah serta-merta tetapi boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk berada dalam kamus.

Tahukah anda, Perkataan “semut” hanya dimasukan ke dalam kamus selepas lima tahun penyelidikan? Lama, kan.

Siapakah Individu yang meletakkan perkataan dalam kamus?

Individu yang bertanggungjawab untuk menyusun perkataan ke dalam kamus dipanggil sebagai lexicographer. Seorang ahli perkamusan yang akan memantau pengunaan perkataan baharu, merentas bahan bercetak, dalam talian dan perkataan yang dituturkan.

Pada mulanya, mereka akan mengumpul maklumat tentang tempat perkataan itu ditulis, dicetak atau didengar bersama makna kontekstual.

Daripada itu, pangkalan data penyelidikan akan menyelidik secara aktif dan mencari penggunaan perkataan merentasi latar belakang yang berbeza.

Setelah bukti yang mencukupi telah dikumpulkan dan makna yang kukuh ditemui, perkataan itu boleh dikemukakan untuk dicetak ke dalam kamus.

Kenapa orang lebih memilih untuk mempunyai kamus Oxford?

Perkataan
Photo by Lewis Keegan on Unsplash

Sebenarnya terdapat banyak kamus yang dikeluarkan di seluruh dunia tetapi ramai memilih kamus Oxford English kerana Oxford telah menjadi sumber yang boleh dipercayai sejak sekian lama.

Kamus Oxford telah wujud sejak abad ke-19 dan mengandungi sekitar 600,000 perkataan dan 3 juta petikan.

Kalau korang nak tahu ketika Oxford mula mencipta kamus pertama pada 1879, Oxford menganggarkan bahawa kamus tersebut akan mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan. Namun mereka mengambil masa hampir 50 tahun untuk menyiapkan jilid terakhir pada 1928.

Berapa banyak perkataan telah ditambah dalam kamus pada masa kini?

Secara purata 500-1000 perkataan ditambahkan ke dalam kamus Oxford setiap tahun.

Perkara ini berlaku adalah apabila cara komunikasi antara manusia berkembang dan keupayaan untuk mengenal pasti perkataan baharu menjadi lebih mudah, disebabkan itu terdapat lebih banyak perkataan baharu pada hari ini.

Kesimpulannya, apa-apa perkataan yang korang boleh bayangkan boleh ditambah ke dalam kamus, ia hanya perlu menjadi popular terlebih dahulu.

Sebaik sahaja perkataan biasa digunakan merentasi pelbagai platform oleh sekumpulan individu, ia kemudian akan dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam kamus.

Sumber: merriam-webster, OED

Total
0
Shares
Related Posts