Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Wanita Jepun Ditipu RM141,553 Oleh Kekasih Angkasawan?

Gara-gara dilamun cinta seorang wanita Jepun berusia 65 tahun ditipu apabila dia menghantar wang itu kepada kekasih dalam taliannya yang mengaku sebagai angkasawan Rusia.

Memetik laporan NextShark, pasangan kekasih itu bertemu pada 28 Jun di Instagram, lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sebagai angkasawan Rusia yang bekerja di Stesen Angkasa Antarabangsa.

Malah, penipu menyatakan niatnya untuk mengahwini wanita warga emas Jepun itu, tetapi mendakwa dia tidak dapat melakukan perkara tersebut kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk meninggalkan ISS.

Penipu membuat janji manis kepada mangsa

Dia cuba memikat mangsa dengan memberitahu perkara romantiknya seperti, “Saya mahu memulakan hidup saya di Jepun“.

Walaupun saya menyebutnya 1,000 kali dan tidak akan terjawab, saya akan terus mengatakannya. “Saya sayang awak”.

Love Scam

Tersentuh dengan kata-katanya, mangsa telah dimanipulasi untuk menghantar sejumlah besar wang tunai kepada penipu selepas dia berkata bahawa dia memerlukan wang itu untuk menampung kos untuk kembali ke Bumi dan bersamanya.

Baca juga: Pengguna Facebook Kongsi Pengalaman ‘Ditipu’ Terima Duit RM100 Palsu

Mangsa didakwa melakukan lima transaksi berjumlah JPY4.4 juta (RM141,553) antara 19 Ogos dan 5 September.

Mangsa mula curiga dan akhirnya membuat laporan polis

Disebabkan kekasihnya asyik meminta wang, mangsa mula curiga dan membuat laporan polis.

Polis mengesahkan wanita tersebut telah ditipu dan memaklumkan kepada orang ramai tentang penipuan sedemikian dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap tanda-tanda penipu.

Total
0
Shares
Related Posts