Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Cara Membuat Tanda Tangan Digital Di Google Docs

Selepas pandemik Covid-19, semua perkara perlu dilakukan secara digital. Lagi-lagi bila ingin mengisi dan menandatangani dokumen-dokumen rasmi.

Berikut kami kongsikan cara untuk memasukkan tanda tangan pada dokumen yang anda inginkan menggunakan Google Docs

Cara membuat tanda tangan menggunakan Google Docs

Pertama sekali buka dokumen menggunakan Google Doc dan seterusnya pilih menu Insert > Drawing > New

Seterusnya pilih menu Scribble.

Kemudian lukiskan tanda tangan anda pada layar menggunakan jari ataupun tertikus yang tersedia pada PC atau iPad anda.

tanda tangan digital

Setelah siap membuat tanda tangan, klik pada tombol Save and Close.

Sekarang anda boleh masukkan tanda tangan tersebut pada dokumen yang anda inginkan dan memuat turunnya sebagai dokumen Word atau .pdf.

Baca juga: 5 Ciri Baharu Google Docs Yang Korang Perlu Tahu

Begitulah cara anda memasukkan tanda tangan pada dokumen secara digital di Google Docs, Harap perkongsian daripada kami kali ini, dapat membantu anda semua!

Total
0
Shares
Related Posts