Baru-baru ini, satu video yang dikongsikan di TikTok telah mendapat perhatian ramai menunjukkan pertengkaran yang berlaku di antara seorang lelaki warga emas Singapura dan seorang lelaki Malaysia.
Pertengkaran menggunakan bahasa Mandarin itu berlaku di dalam sebuah MRT ketika kedua-dua mereka duduk bertentangan antara satu sama lain.
Pertengkaran berlaku disebabkan tempat duduk khas di dalam train
Menurut laporan Singapore Uncensored, pergaduhan itu berpunca daripada tempat duduk yang dikhaskan untuk warga emas di dalam train tersebut.
Lelaki warga Singapura itu memarahi pemuda berkenaan kerana tindakannya yang duduk di kerusi khas.
Baca juga: ‘Kau Nak Hilang Kerja?’ Lelaki Mengamuk ‘Order’ Lambat, Ugut Pecat Rider
Teguran tersebut telah membuatkan lelaki Malaysia ini marah dan meminta agar lelaki tua tersebut bercakap dengan elok serta memberitahu bahawa dia duduk di situ kerana tiada warga emas yang berdiri di dalam train
Namun, warga emas itu membalas teguran yang diterima dengan menyuruh pemuda berkenaan pulang ke Malaysia dan jangan datang hanya semata-mata menginginkan duit Singapura.
Berang dengan apa yang dikatakan oleh warga emas itu, pemuda berkenaan mencabar lelaki tersebut untuk bangun dan menumbuknya tetapi ‘ajakan’ itu tidak diendahkan.
Sikap pemuda itu tiada kaitan dengan kewarganegaraan
Menjengah diruangan komen rata-rata netizen mengatakan orang tua tersebut sengaja nak cari salah dan buat kecoh di dalam MRT tersebut.
Walau bagaimanapun, sebagai pengguna yang bertanggungjawab, kita digalakkan untuk mengutamakan golongan khas ketika menaiki pengangkutan awam.
Sumber: Singapore Uncensored