Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Nenas Pernah Jadi Simbol Kekayaan & Buah Termahal Di Dunia?

Nenas Makanan Kayangan
nenas

Mesti korang tidak pernah terfikir tentang buah-buahan yang mahal. Biasanya, buah-buahan boleh dibeli dengan harga bawah 10 ringgit di kebanyakan tempat!

Malah buah-buahan yang ditanam dalam iklim tertentu, boleh ditemui hampir di mana-mana sahaja. Terima kasih kepada pengimport kerana mengeluarkan buah-buahan secara besar-besaran.

Tetapi bagaimana jika kami beritahu nenas pernah simbol kekayaan dan pernah menjadi buah termahal yang bernilai beribu-ribu ringgit?

Untuk meletakkan ‘nenas kayangan’ dalam perspektif, mari kita selangkah ke masa lampau!

Nenas adalah simbol kekayaan

Nenas
Photo by Colin Carter on Unsplash

Untuk makluman, pada tahun 1700-an, nenas adalah simbol status kekayaan. Ini kerana nenas tidak ditanam di Eropah, jadi apabila pengembara membawa balik buah baharu yang eksotik ke Eropah, bekalan adalah rendah.

Oleh kerana bekalan buah itu rendah dan susah untuk didapati, ia menjadi simbol kemewahan, bangsawan, dan kekayaan di seluruh Eropah. Sebiji nenas boleh mendatangkan banyak wang. Oleh itu, tuan rumah yang dapat menghadiahkan nanas yang baru dipotong kepada tetamunya digelar sebagai seorang bangsawan.

Fakta: Pada zaman itu, sebiji nenas berharga $8,000 dollar pada hari ini! Mahal, kan?

Ada lagi ke nenas yang berharga mahal?

Masih terdapat beberapa buah nenas yang dianggap berharga tinggi. Salah satunya nenas di Lost Gardens of Heligan, United Kingdom. Ini kerana nenas di tempat tersebut menanamnya dalam struktur lumpur yang dipanaskan dengan baja yang reput.

Photo by Brooke Lark on Unsplash

Strategi tanaman yang digunakan oleh Lost Gardens of Heligan, United Kingdom untuk mencerminkan teknik tradisional menanam buah tropika dalam iklim yang lebih sejuk pada zaman dahulu.

Walau bagaimanapun, nenas ini tidak dijual di pasaran dan nenas yang berjaya berbuah akan diberikan kepada mereka yang menanamnya sebagai penghargaan.

Namun, jika nenas ini dilelong atau dijual, nilai nenas ini boleh mencecah $1,000! disebabkan teknik, masa yang dihabiskan untuk menanam nenas tersebut.

Pada masa kini nenas mudah diperoleh dan hilang simbol sebagai buah yang mahal. Jadi lepas ini bersyukurlah kita kerana dapat menikmati buah nenas tanpa mengeluarkan duit yang banyak. Hehe

Sumber: bbc, bbc, thespruceeats

Total
0
Shares
Related Posts