Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Fenomena Letusan Lumpur Di Sabah Bukanlah Kali Pertama

Baru-baru ini, media sosial dipenuhi dengan video letupan lumpur di taman Hidupan Liar Tabin. Video itu menarik perhatian netizen yang keliru dengan pemandangan itu dan takut dengan fenomena tersebut.

‘Letusan’ gunung berapi lumpur setinggi enam meter itu disahkan telah berlaku pada jam 10.05 pagi 18 September di Taman Hidupan Liar Tabin, apabila kelihatan video yang memaparkan lumpur membuak dan melimpah dalam jumlah yang banyak selepas letusan.

Letusan lumpur itu bukan kali pertama berlaku

Sumber: Facebook

Menurut laporan Bernama, letusan lumpur di Gunung Berapi Lumpur Lipad, Taman Hidupan Liar Tabin bukanlah kali pertama tetapi pernah berlaku sebelum ini pada 2014 dan 2019.

Fenomena terjadi bukan disebabkan gempar bumi di Taiwan

Menurut pakar geologi Sabah Prof Dr Felix Tongkul fenomena letusan gunung berapi lumpur itu adalah perkara biasa yang berlaku apabila tekanan lumpur dalam bumi meningkat dan perlu dilepaskan.

Keadaan ini berulang bila tekanan terkumpul pada sesuatu masa tertentu. Kejadian volkano lumpur seperti ini (lebih aktif) kadang-kadang berlaku semasa kejadian gempa bumi

Pakar Geologi Sabah Prof Dr Felix Tongkul

Terdapat kawasan gunung berapi lumpur lain yang wujud di Sabah

Antara kawasan yang dikesan mempunyai gunung berapi lumpur itu adalah di Kampung Tanjung Aru, Menumbok dan di Kampung Tenambak yang jaraknya kira-kira 40 kilometer dari Kampung Tanjung Aru, Kunak.

Baca juga: Ikan Bilis Terdampar Di Pangkor Menjadi Perhatian Penduduk

Difahamkan, jika dikorek kawasan limpahan gunung ia akan membentuk takungan berlumpur dan boleh dijadikan lokasi mandi lumpur. Lumpur dari gunung berapi juga dipercayai mempunyai kebaikan seperti mencantikkan dan mengubati penyakit kulit.

Total
0
Shares
Related Posts