Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Makan Telur Berlebihan Tidak Baik Untuk Kesihatan?

Telur Berlebihan Tak Elok Untuk Kesihatan Ya!
telur

Telur adalah makanan popular di serata dunia. Bukan itu sahaja, telur juga senang untuk didapati dan harganya pula murah jadi ramai orang lebih suka makan telur dengan kerap bahkan setiap hari.

Telur mempunyai khasiat tinggi dan kaya dengan vitamin, mineral, antioksidan, protein, serta lemak. Putih telur pula adalah sumber ‘protein lengkap’ yang baik. Ini bermakna ia mengandungi semua asid amino penting (blok binaan protein) yang diperlukan oleh badan kita.

Sememangnya telur adalah makanan yang berkhasiat dan sihat, tetapi adalah penting untuk ambil perhatian bahawa pengambilan telur berlebihan tidak sihat dan perlu dihindari jika mempunyai penyakit tertentu.

Menurut laporan Healthline, makan 2-4 telur setiap minggu boleh menyumbang kepada risiko kolesterol berlebihan dan meningkatkan risiko sakit jantung, terutamanya pada penghidap diabetes.

Selain itu, jika anda mempunyai tahap kolesterol LDL (low density lipoprotein) yang tinggi, berat badan berlebihan atau obesiti, penyakit kronik seperti diabetes, atau sejarah keluarga mempunyai sakit jantung, mungkin lebih baik untuk makan tidak lebih daripada 1 telur sehari atau 4-5 telur seminggu.

Oleh itu, adalah penting untuk mempertimbangkan status kesihatan apabila ingin makan telur secara berlebihan.

Sumber: Healthline

Total
0
Shares
Related Posts