Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Ratu Elizabeth II, Monarki British Pertama Melawat Ke Malaysia

Dahulu Malaysia telah diisytiharkan sebagai tanah jajahan British seawal tahun 1867 ketika zaman pemerintahan Ratu Victoria. Walau bagaimanapun, tidak ada satu pemerintah British yang pernah datang ke Malaysia sepanjang tempoh penjajahan tersebut

Namun, selepas kemerdekaan Ratu Elizabeth II telah menjadi pemerintah British pertama yang melawat Malaysia. Lawatan pertama beliau telah direkodkan pada tahun 1972 sebagai sebahagian daripada lawatan negara Komanwel.

Baginda melawat beberapa tarikan tempatan seperti Pantai Cahaya Bulan di negeri Kelantan, serta lawatan ke ibu kota Kuala Lumpur. Baginda ditemani oleh suaminya, Putera Philip, Duke of Edinburgh.

Baca juga: Kod Yang Digunakan Keluarga Diraja Apabila Mangkat

Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-11 pada tahun 1989

Ratu Elizabeth II
Sumber: CNN

Malah, pada tahun 1989, Baginda sekali lagi melawat apabila Kuala Lumpur menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM). Lawatan itu dikatakan menggambar hubungan baik antara Britain dan Malaysia.

Sumber: Daily Express

Ketika itu, Ratu Elizabeth dialu-alukan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah dari Perak, baginda kemudiannya dijemput ke majlis jamuan negeri yang diadakan di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar sebagai penghormatan baginda.

Temasya Sukan Komanwel ke-16

Ketibaan pasangan diraja itu di kompleks VVIP Bunga Raya di Lapangan Terbang KL (KLIA), di Sepang, disambut oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengiring baginda Ratu itu.

Sumber: Malaysia Airports

Ketibaan Ratu itu untuk menganjur Sukan Komanwel ke-16 yang diadakan di Kuala Lumpur pada 1998. Sama seperti sebelum ini, lawatannya pada 1998 juga berlangsung selama empat hari, dengan Ratu ditemani suaminya Putera Philip.

Sumber: CheatSheet

Pada Jun 2022, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia bersempena sambutan Jubli Platinum Ratu Elizabeth II. Pesuruhjaya Tinggi Britsh, Charles Hay berkata bahawa Ratu Elizabeth II mempunyai banyak kenangan indah tentang Malaysia, terutama dari jelajah negeri Sukan Komanwel.

Semasa pertemuan itu, saya terpesona dengan kenangan meriahnya mengenai tiga lawatannya ke sini, khususnya pada majlis penutupan Sukan Komanwel di Stadium Bukit Jalil pada 1998

Pesuruhjaya Tinggi British, Charles Hay

Dalam kehidupannya, baginda telah menjelajah lebih 100 negara sepanjang 65 tahun pemerintahannya, sering menjadi raja pertama yang melawat negara-negara dibawah pemerintahan British.

Sumber: lib.perdana, NST

Total
0
Shares
Related Posts