Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Michelle Yeoh, Wanita Asia Pertama Menang Anugerah Oscar

Tan Sri Michelle Yeoh baru sahaja mencipta sejarah showbiz di Anugerah Akademi apabila dia membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk persembahannya dalam Everything Everywhere All At Once.

Dengan kemenangannya itu, Yeoh telah menjadi pelakon pertama berketurunan Asia yang memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik dalam sejarah Akademi selama 95 tahun dan dia juga rakyat Malaysia pertama yang dicalonkan dan menang dalam Anugerah Akademi.

Dalam ucapannya, Yeoh mendedikasikan anugerah itu kepada “semua kanak-kanak lelaki dan perempuan yang kelihatan seperti saya malam ini“.

Ini adalah bukti bahawa impian boleh menjadi kenyataan. Dan wanita-wanita, jangan biarkan sesiapa memberitahu anda bahawa anda tidak boleh. Jangan berputus asa

Beliau kemudian mengucapkan terima kasih kepada ibunya, yang menonton di rumah, “semua ibu di dunia kerana mereka benar-benar wira-wira dan tanpa mereka tiada seorang pun daripada kita akan berada di sini malam ini”.

Ingin menjadi seorang ballerina

Dilahirkan di Ipoh, Perak. Michelle Yeoh atau Yeoh Chu-Kheng pada mulanya adalah seorang yang meminati seni tari ballerina.

Beliau memulakan balet, seusia empat tahun, dan pada usia lima belas tahun beliau telah berpindah ke UK bersama keluarga untuk belajar di Royal Academy of Dance di London. Namun, kecederaan tulang belakang telah menghalangnya daripada menjadi penari ballet.

Pernah dinobatkan sebagai Miss Malaysia pada 1983

Tahukah anda Yeoh telah dinobatkan sebagai Miss Malaysia pada tahun 1983?

Dalam pertandingan Miss World 1983 di London, Michelle Yeoh menduduki tempat ke-18 daripada 72 peserta. Malah, pada tahun yang sama, Yeoh juga telah memenangi beberapa pertandingan lain, termasuk Miss Moomba International dan Queen of the Pacific di Australia.

Menjadi perhatian peringkat global

michelle yeoh

Beliau menceburi bidang filem sebagai salah seorang bintang aksi wanita terkemuka industri filem Hong Kong dalam filem Yes, Madam! dan Supercop.

Yeoh kemudiannya mendapat perhatian daripada pembikin filem antarabangsa selepas membintangi filem Tomorrow Never Dies dan Crouching Tiger, Hidden Dragon.

Malah, Persembahannya dalam Crazy Rich Asians dan Everything Everywhere All at Once telah menyumbang kepada gelombang filem yang mempamerkan bakat Asia Amerika di Hollywood.

Sumber: Britannica, nationalnews

Total
0
Shares
Related Posts