Seorang lelaki berusia 90 tahun telah memecahkan rekod menjadi rakyat Malaysia tertua menakluk Gunung Kinabalu pada Isnin, 5 September.
Pencapaian itu diraikan oleh malim gunung di laman TikTok @iceeminn123
Dalam video itu, malim gunung mengucapkan tahniah kepada warga emas itu kerana berjaya mendaki puncak tertinggi Malaysia iaitu 4,095m pada usianya.
Selain itu, kedengaran pendaki di sekelilingnya mengusik warga emas itu dan menyatakan bahawa dia boleh mendaki gunung lebih laju daripada mereka.
Sementara itu, lelaki warga emas itu boleh dilihat perlahan-lahan mendaki landskap ikonik Gunung Kinabalu dengan tersenyum ke arah kamera.
Lelaki warga emas itu adalah datuk berusia 90 tahun dari Papar, Sabah
Untuk makluman, Warga emas yang mendaki Gunung Kinabalu itu adalah Buatin Blandong berasal dari Papar Sabah, Malah ini bukan kali pertama dia mendaki gunung.
Baca juga: Sungai Di Dunia Surut, Dedah Peninggalan Sejarah
Menurut The Straits Times, Buatin juga pernah mendaki gunung itu pada usia 82 tahun pada 2014 bersama Madam Chee yang juga berusia 82 Tahun.