Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Pendakwah Selebriti Ebit Lew Bakal Dibicarakan September Ini

Sebelum ini, Ebit Lew dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM11,000
Ebit Lew

Pendakwah selebriti Ebit Irawan Ibrahim Lew yang lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew akan menghadapi perbicaraan atas 11 pertuduhan gangguan seksual pada bulan September.

Perbicaraan diadakan pada 27 September

Menurut laporan Sinar Harian, perbicaraan akan diadakan dari 27 hingga 30 September di mahkamah majistret Tenom di Sabah. Perbicaraan ini susulan kes Ebit menghantar teks dan gambar lucah melalui WhatsApp kepada seorang wanita Melayu antara Mac dan Julai tahun lalu.

Pertuduhan terhadap pendakwah berusia 37 tahun itu difailkan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan bakal berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ini ujian Tuhan kepada saya

Pada bulan Februari 2022, pendakwah itu mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan itu

Ebit Lew
Sumber: Facebook

Ebit mendakwa tuduhan itu tidak berasas dan dicipta dengan motif tersembunyi untuk merosakkan kredibilitinya.

Saya melihat pertuduhan ini sebagai tidak berasas dan memang tujuan utamanya saya nampak untuk menjatuhkan kredibiliti supaya saya menghentikan kerja-kerja membantu

Pendakwah Selebriti, Ebit Lew

Selain itu, Ebit juga mendakwa pertuduhan itu adalah “ujian daripada Tuhan” untuk mengampunkan dosa, beri pahala dan juga menaikkan darjat.

Dalam pada itu, majistret Nur Asyraf Zolhani di Mahkamah Litar, pejabat daerah Tenom membenarkan Ebit dibebaskan selepas membayar ikat jamin sebanyak RM1,000 setiap pertuduhan dan dua penjamin.

Sumber: Sinar Harian, Astro Awani

Total
0
Shares
Related Posts