Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Pelajar IPTA Kecewa Cuti Deepavali Hanya Sehari

Sebagai rakyat Malaysia, kita sedia maklum bahawa Malaysia tersenarai dalam negara teratas yang mempunyai cuti umum sebanyak 50 hari.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini cuti umum dikatakan mempunyai sedikit diskriminasi antara satu sama lain.

Cuti Deepavali sepatutnya sama dengan Raya atau CNY

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq berkongsi mesej daripada seorang pelajar di laman Twitternya.

Dalam hantaran itu, pelajar IPTA itu menyatakan kebanyakan pelajar India kecewa dengan cuti yang diberikan kerajaan untuk Deepavali tahun ini.

Kenapa cuti Deepavali hanya sehari? Itulah yang telah dihantar oleh ramai orang kepada saya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq mencadangkan kerajaan untuk menjadikan cuti untuk perayaan deepavali sama seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina supaya pelajar dan kaum india dapat menikmati perayaan mereka.

Saya cadangkan ‘Keluarga Malaysia’ perlu membuatnya lebih lama. Jadikan sama seperti Raya dan Tahun Baru Cina. Kasihan mereka.

Susulan hantaran itu, ramai netizen bersetuju untuk memberi cuti tambahan untuk perayaan Deepavali. Namun ada juga berbelah bahagi untuk memberikan cuti tambahan tersebut.

deepavali

Kalau bagi cuti tambahan tak berbaloi

Apa pendapat anda? Patut ke cuti umum diseragamkan supaya semuanya sama?

Total
0
Shares
Related Posts