Semalam, kita menyambut hari kemerdekaan yang ke-65. Ramai diantara rakyat Malaysia diserata negara hadir ke perarakan yang diadakan di Dataran Merdeka sempena menyambut ulang tahun itu.
Namun, keseronokan menyaksikan perarakan itu telah dicemari dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang merosakkan pokok hiasan di beberapa laluan di sekitar kota raya.
Malah, tindakan itu turut mendapat perhatian daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah memuat naik hantaran beserta gambar dan video mengenai kejadian berkenaan di media sosial.
Seronok Min tengok lautan manusia membanjiri jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka pagi tadi bagi bersama-sama meraikan sambutan Hari Kebangsaan. Semangat cintakan negara seperti inilah yang kita mahu.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Baca juga: Pengisytiharaan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Tapi dalam pada itu, Ada pula sesetengah dalam kalangan kita yang langsung tak mempedulikan persekitaran dan keindahan kawasan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Sehingga hari ini, kita masih menyaksikan perlakuan-perlakuan negatif yang memperlihatkan bahawa tahap kesedaran sivik masyarakat ternyata masih rendah.
Timbul persoalan, adakah masyarakat kita sudah kehilangan sivik? kerana perkara yang berlaku adalah dari keangkuhan diri sendiri dengan adanya sikap, ‘aku, aku’ dan ‘engkau, engkau’ dalam diri masyarakat kita.