Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Malaysia Duduki Tangga Ke-5 Siber Buli

Generasi Malaysia masa kini banyak menghabiskan masa di atas talian lebih daripada sebelumnya gara-gara kewujudan internet.

Penggunaan media sosial secara meluas menjadikan ia platform menggalakkan perbuatan buli siber dan sikap buruk, bukan sahaja dalam kalangan belia, malah orang dewasa.

Baru-baru ini, seorang gadis bernama Rajeswary Appahu atau lebih dikenali sebagai Esha kehilangan nyawa selepas dilaporkan menjadi mangsa siber buli oleh P Shalini pada 5 Julai lalu.

Realitinya, buli siber telah menjadi ancaman siber terbesar di Malaysia.

Malaysia berada pada tempat ke-5 sebagai Negara yang kuat siber buli

Memetik laporan Harian Metro, Institut Kajian Pasaran (IPSOS) telah menjalankan satu kajian dan hasilnya mendapati bahawa Malaysia tersenarai sebagai salah satu negara yang merekodkan kes insiden buli siber tertinggi.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) juga mendedahkan bahawa Malaysia menjadi negara kedua di Asia bagi kadar siber buli selepas China yang berada pada tangga pertama dan diikuti Singapura pada kedudukan ketiga.

Di peringkat dunia pula, Malaysia disenaraikan sebagai negara kelima dengan kadar siber buli tertinggi selepas Peru, Argentina, Mexico dan Brazil.

Kerajaan Malaysia pada November lalu juga sedang berusaha untuk mengkaji kewajaran bagi mewujudkan satu akta yang dikenali sebagai Akta Anti Buli Siber bagi membendung gejala buli siber daripada semakin berleluasa.

10 Kes buli setiap hari, wanita paling ramai

Menurut akhbar tempatan, MCMC melaporkan sebanyak 10 kes buli siber berlaku setiap hari di negara ini dalam tempoh dua tahun sejak 2022 hingga 9 Julai lalu.

Dalam tempoh terbabit, suruhanjaya berkenaan menerima 9,483 aduan kes siber buli di mana wanita paling ramai menjadi mangsa dengan 4,878 kes, manakala 4,605 kes berlaku kepada lelaki.

Sementara itu menurut Laporan Digital Global 2024, kira-kira 16.4 juta orang atau 57.5 peratus penduduk Malaysia yang menggunakan media sosial untuk mengisi masa lapang, terdedah melakukan perbuatan buli siber sama ada secara langsung atau sebaliknya.

Total
0
Shares
Related Posts