Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Filem Superman Di Hollywood Ada Sumpahan?

Tahukah anda filem Superman dahulu pernah dikaitkan dengan sumpahan sehingga menyebabkan kecelakaan kepada krew dan pelakonnya?

Sumpahan itu kononnya bermula dari pelakon Kirk Alyn, iaitu orang yang memegang watak Superman pada tahun 1940-an.

Selepas muncul dalam beberapa siri 1940-an sebagai Superman, Alyn bergelut untuk mencari kerja lain. Alyn hanya tampil semula di layar perak pada tahun 1978 dengan memegang watak sebagai ayah kepada Lois Lane. Namun, Alyn meninggal dunia selepas itu kerana penyakit Alzhiemer.

Dikatakan sumpahan tersebut diwarisi oleh setiap individu yang memegang watak Superman. Pada 16 Jun 1959, George Reeves yang melakonkan watak Superman dalam siri The Adventures of Superman

Pada tahun 1950-an ditemui mati beberapa hari sebelum hari perkahwinannya. George mati dengan menembak kepalanya sendiri.

Malah, Christopher Reeve salah satu icon Man of Tomorrow juga dikaitkan dengan sumpahan tersebut. Pada tahun 1995, Reeves mengalami kemalangan dimana dia tercampak dari kudanya dan lumpuh dari leher ke bawah.

Tragedi itu telah mengubah trajektori kerjaya Reeve dengan memulakan penyelidikan mengenai kecederaan saraf tunjang. Reeves kemudiannya meninggal dunia pada tahun 2004 pada usia 52 tahun.

Walau bagaimanapun, sumpahan itu dikatakan telah berakhir selepas filem Superman 1987. Ini kerana, tiada seorang pun daripada pelakon-pelakon ingin membintangi filem Superman selepas kejadian itu.

Sebenarnya banyak lagi filem yang dikatakan terkena sumpahan. Kebanyakan filem tersebut bergenre seram. Agak korang betul ke pelakon-pelakon watak Superman ni kena sumpahan atau hanya kebetulan?

Total
0
Shares
Related Posts