Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Sistem Dalaman Prasarana Di Godam

Baru-baru ini, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengesahkan berlaku insiden keselamatan siber yang melibatkan sebahagian daripada sistem dalamannya.

Ia bermula dari satu ciapan yang dimuat naik di laman X mengatakan syarikat operator perkhidmatan tren iaitu Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah menjadi mangsa RansomHub yang menyerang menggunakan ‘ransomware’.

Kumpulan itu mendakwa telah memperoleh 316GB data daripada organisasi tersebut dan merancang untuk menerbitkannya dalam tempoh enam hingga tujuh hari akan datang.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada Ahad lalu (25 Ogos).

Prasarana Sahkan Mereka Jadi Mangsa Serangan Siber

Dalam kenyataan pada Isnin, Prasana berkata satu pasukan keselamatan siber telah mengenal pasti dan sedang menangani insiden tersebut, yang melibatkan akses tanpa kebenaran.

Menurut Prasarana lagi, pihaknya sedang bekerjasama dengan pakar keselamatan siber untuk menyiasat serta mengambil langkah mitigasi, selain bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia untuk memastikan semua langkah telah diambil.

Tambahya, keutamaan ketika ini adalah pada keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan pengangkutan awam, dengan memastikan penyelesaian masalah dengan segera di samping memastikan perkhidmatan kami terus memenuhi keperluan orang awam.

Operator berkenaan turut mengesahkan bahawa insiden ini tidak memberi gangguan terhadap operasi harian.

Total
0
Shares
Related Posts