Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Met Malaysia Beri Amaran Ribut Petir Dari 27 Hingga 30 Ogos

ribut petir

Malaysia dijangka mengalami tiupan angin lemah dari pelbagai hala dari 27 hingga 30 Ogos, yang menyebabkan pembentukan awan ribut petir terutama pada waktu petang dan malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), dalam satu kenyataan di Twitter, berkata antara kawasan yang boleh terjejas ialah negeri di pantai barat dan pedalaman semenanjung, Sarawak (tengah dan utara), barat Sabah dan Labuan.

Ramalan itu berdasarkan analisis model Kajian dan Ramalan Cuaca MetMalaysia (MMD-WRF), Pusat Ramalan Cuaca Julat Sederhana Eropah (ECMWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).

Orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk laman web, www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Total
0
Shares
Related Posts