Korang ada plan untuk melancong keluar negara? Tahu tak Imigresen telah melancarkan sistem QR MyBorderPass untuk memudahkan rakyat Malaysia.
Antara kelebihan penggunaan kod QR ialah tempoh pelepasan imigresen hanya mengambil masa singkat iaitu antara lima hingga tujuh saat berbanding 15 hingga 25 saat menggunakan pintu automatik konvensional.
Pelepasan Imigresen Guna Kod QR Khas Untuk Rakyat Malaysia
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri telah melancarkan satu sistem pelepasan imigresen iaitu My BorderPass di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Kemudahan yang bermula pada Januari 2025 itu disediakan khusus buat warganegara Malaysia.
Ia membuatkan perjalanan bagi golongan pengembara lebih mudah dan lancar dengan tiga langkah berikut:
- Muat turun aplikasi MyBorderPass.
- Daftar masuk dalam aplikasi berkenaan.
- Menggunakan kod QR dan pengesahan wajah
- Selesai!
Hanya Disediakan Di 40 Lorong Sahaja Buat Masa Ini Di KLIA Dan KLIA2
Memetik laporan Sinar Harian, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan penggunaan kod QR untuk rakyat Malaysia itu dilaksanakan bagi tempoh percubaan di 40 lorong khas di KLIA Terminal 1 (T1) dan KLIA T2.
Jelas beliau lagi, kemudahan itu dilihat sebagai langkah penyelesaian terhadap isu kesesakan di pintu masuk negara yang sering berlaku terutamanya ketika waktu puncak seperti musim perayaan.
Ini kerana tempoh pelepasan imigresen akan menjadi lebih singkat dengan menggunakan kod QR ini iaitu dari 15 hingga 25 saat kepada lima hingga tujuh saat sahaja mengggunakan pintu automatik konvensional.
Pihak imigresen juga memberi jaminan bahawa pelaksanaan ini tidak akan menjejaskan keselamatan Malaysia lebih-lebih lagi melibatkan keluar masuk warga asing ke dalam negara.