Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Rusia Bakal Edar Vaksin Kanser Secara Percuma?

Sebelum ini kita sedia maklum bahawa Rusia makin hampir dengan menghasilkan vaksin kanser. Walau bagaimanapun, Presiden Rusia Vladimir Putin tidak mengolah apakah kanser yang boleh ditentang vaksin ini serta syarikat mana yang terlibat dalam penghasilannya.

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Russia mengumumkan telah menghasilkan vaksin yang didakwa boleh merawat penyakit kanser dan akan diedarkan kepada pesakit secara percuma mulai awal 2025.

Pengarah Pusat Penyelidikan Nasional untuk Epidemiologi dan Mikrobiologi Gamaleya di Moscow, Alexander Gintsburg, memaklumkan kepada TASS bahawa vaksin itu boleh menyekat pertumbuhan tumor dan menghentikan kanser daripada merebak.

Namun, vaksin itu akan digunakan untuk merawat pesakit yang menghidap kanser dan bukannya diberikan kepada orang awam untuk mencegah penyakit berkenaan.

Untuk Pengetahuan anda, kanser adalah penyebab utama kematian di seluruh dunia, menyumbang hampir 10 juta kematian pada 2020. Jika vaksin kanser Rusia benar-benar berkesan, ia boleh menyelamatkan banyak nyawa di seluruh dunia.

Perkara ini bukan perkara yang baharu, beberapa vaksin telah dicipta untuk menghalang pelbagai jenis kanser.

Pada Oktober 2024, penyelidik dari Universiti Oxford di UK diberi pembiayaan untuk mencipta vaksin pertama di dunia untuk mencegah kanser ovari. Vaksin bernama OvarianVax berfungsi dengan mengajar sistem imun untuk menyerang peringkat awal kanser ovari.

Malah, terdapat enam vaksin telah dicipta oleh beberapa syarikat pharma untuk mencegah kanser serviks, hepatitis B (HBV) dan kanser hati.

Total
0
Shares
Related Posts