abatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata lima negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu.
“Di Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling, diikuti Perak (Hulu Perak) manakala di Kelantan membabitkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
“Bagi Terengganu, kawasan terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu,” katanya dalam kenyataan hari ini.