Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

MCMC Pantau Pihak Buat Parodi Guna Lagu GISBH

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) giat memantau kandungan media sosial membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) termasuk video lagu yang ditularkan dan dijadikan parodi oleh segelintir pengguna.

Memetik laporan Berita Harian, pemantauan itu dilakukan terhadap video parodi yang dilihat dilakukan oleh segelintir pengguna media sosial sebagai bahan jenaka.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, kerjasama antara pihaknya dan agensi lain akan dilakukan bagi menyiasat kumpulan berkenaan sekiranya menerima sebarang permintaan.

“Kalau kami terima laporan berhubung perkara itu, kami akan ambil tindakan,” katanya.

Terdahulu, beberapa negeri di Malaysia telah mengisytiharkan GISBH sebagai ajaran sesat khususnya melibatkan batiniah.

Ini kerana ajaran GISBH ini merupakan kesinambungan daripada ajaran al-Arqam yang telah difatwakan sesat.

Total
0
Shares
Related Posts