Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

 Khairul Aming Jamu Roti jala, Cendol Kepada PM New Zealand

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming bertuah kerana terpilih untuk menyediakan sarapan pagi buat Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon sempena lawatan pemimpin itu ke negara ini.

Menerusi perkongsian di laman X, Khairul Aming berkata, pertemuan dengan Luxon itu sebagai tanda penghargaan daripada pihak New Zealand untuk video memasak yang dibuat di negara berkenaan sebelum ini.

Bukan itu sahaja, semasa pertemuan mereka Khairulaming memperkenalkan Perdana Menteri kepada sarapan pagi seperti roti jala, nasi lemak, kuih muih dan desert iaitu cendol.

Tambah Khairul Aming, dia yang pada awalnya memulakan karier sebagai seorang pempengaruh video masakan dengan cara merakam sambil duduk di atas lantai rumah.

Lapan tahu lalu, saya rakam video masakan pertama saya hanyalah di atas lantai dan hari ini, saya berpeluang berdiri bersebelahan dengan PM New Zealand. Teruskan usaha, anda pasti akan kagum dengan kejayaan anda di masa akan datang.

Dalam pada itu, Khairul Aming juga berkongsi bahawa dia sempat bertukar pendapat bersama Christopher mengenai sektor pelancongan, termasuk eksport perdagangan daging dan tenusu halal, pemeliharaan alam semula jadi, dan potensi eksport produk PKS tempatan ke New Zealand.

Total
0
Shares
Related Posts