Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Najib Razak Mahu Jalani Baki Penjara Di Bawah Tahanan Rumah?

Pada 1 April, Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, 70, telah memfailkan permohonan semakan kehakiman dalam usaha untuk menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Beliau mendakwa terdapat perintah tambahan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam pengampunan diraja yang diberikan kepadanya pada 29 Januari yang membolehkan baginda menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.

Menurut akhbar tempatan, notis permohonan yang dimuat turun melalui sistem carian mahkamah, Najib memohon perintah untuk semua atau seorang responden melaksanakan titah Al-Sultan Abdullah dan dengan serta merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya.

Perbicaraan untuk permohonan Najib telah ditetapkan pada Khamis (4 April). Bagaimanapun, temu bual bersama peguamnya mengesahkan perbicaraan telah ditangguhkan kepada 17 April.

Apa itu tahanan rumah?

Tahanan rumah ialah hukuman di mana banduan itu akan diletakkan di kediaman mereka. Individu ini hanya dibenarkan meninggalkan rumah mereka atas sebab perubatan, sekolah atau pekerjaan. Aktiviti lain juga dibenarkan dan dipantau dalam tempoh yang ditetapkan.

Sama seperti dalam filem Marvel Ant-man, individu yang ditahan dalam rumah akan dipantau menggunakan alat elektronik seperti gelang buku lali. Peranti menjejaki lokasi mereka untuk memastikan individu kekal dalam sempadan yang ditetapkan.

Total
0
Shares
Related Posts