Seperti umum tahu, Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak telah dipenjarakan sejak Ogos 2022.
Beliau dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International.
Pada 2020, Mahkamah Tinggi KL mendapati dia bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan yang dibuat terhadapnya dalam perbicaraan SRC. Beliau didapati bersalah atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram.
Harini portal-portal berita telah mengeluarkan satu artikel bahawa Najib Razak telah diberikan pengampunan diraja.
Baca Juga: Najib Razak Tinggalkan Nota Akhir, Sebelum Di Penjara
Perkara itu telah menyebabkan kekecoh didalam media sosial memandangkan kes Najib melibatkan jutaan ringgit.
Walau bagaimanapun, berita tentang Najib diberikan pengampunan ditukar dan ditarik balik kerana mengeluarkan maklumat yang diberikan adalah salah.