Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Filem The Green Mile Di Inspirasi Kisah Benar?

The Green Mile adalah sebuah filem berdasarkan novel 1996, The Green Mile oleh Stephen King.

Filem The Green Mile mengisahkan Paul Edgecomb, yang mula mempersoalkan peristiwa luar biasa berikutan ketibaan banduan baharu, John Coffey,

Tidak dinafikan buku-buku Stephen King kebanyakkan fiksyen akan tetapi untuk filem ini ia dipercayai di inspirasi daripada ketidakadilan dan perbezaan kaum dalam sistem perundangan Amerika, iaitu kes George Stinney Jr.

Siapa George Stinney Jr?

George Stinney Jr adalah seorang budak berumur 14 tahun melakukan pembunuhan kejam dan dakwaan serangan seksual terhadap dua gadis muda bernama Betty berusia 11 tahun dan Mary berusia 7 tahun, mayat ditemui berhampiran rumah di mana budak itu tinggal bersama ibu bapanya pada tahun 1944.

Sebelum hukuman mati, George menghabiskan 81 hari di penjara tanpa dapat berjumpa dengan ibu bapanya, dia ditahan bersendirian tanpa kehadiran ibu bapa atau peguam.

Perbicaraan berlangsung selama 2 jam dan hukuman dijatuhkan 10 minit kemudian. Ibu bapa budak itu tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik mahkamah, dan kemudiannya diusir dari bandar itu selepas perbicaraan.

Semasa perbicaraannya, sehingga hari pelaksanaannya, dia sentiasa membawa kitab Bible di tangannya, mendakwa tidak bersalah. Dia terlalu pendek untuk kerusi elektrik jadi mereka menggunakan Bible untuk dijadikan tempat duduk supaya dapat mengenakan hukuman renjatan elektrik di kepala.

Walau bagaimanapun, 70 tahun kemudian, George didapati tidak bersalah oleh hakim di Carolina Selatan. Tiang yang digunakan untuk membunuh dua gadis itu, seberat lebih 19.07 kilogram.

Oleh itu, adalah mustahil untuk Stinney dapat mengangkatnya, apatah lagi boleh memukul dengan cukup kuat untuk membunuh mereka.

Filem mengajar ketidakadilan sistem perundangan

Walaupun The Green Mile mempunyai unsur-unsur fantasi dan karut seperti bukan kisah benar, tetapi filem itu memberi satu pengajaran tentang mangsa prejudis perkauman dan sistem perundangan yang tidak sempurna.

Seperti nasib tragis individu seperti George Stinney Jr, yang ditolak perbicaraan secara adil.

Total
0
Shares
Related Posts