Baru-baru ini, Kasih Iris Leona telah dituduh menjalinkan hubungan sulit bersama suami orang oleh seorang wanita yang tidak dikenalinya.
Menerusi perkongsian Leona di Twitter, wanita terbabit telah meninggalkan komen di Instagram Bapanya Azhar Sulaiman dengan menuduh Leona pergi bercuti bersama suaminya ketika dia sedang menjaga anak-anaknya di rumah.
Malah dia turut meminta Leona untuk memulangkan semula wang sebanyak RM3000 yang telah dibelanjakan bersama suaminya termasuklah bil hotel, tiket penerbangan, makanan serta bil-bil yang lain sepanjang mereka bercuti bersama.
Walau bagaimanapun, Azhar enggan memanjangkan perkara berkenaan dan tidak akan menyaman individu terbabit kerana memikirkan kesihatan mental wanita tersebut.
Dalam pada itu, Leona juga menafikan perkara berkenaan di InstaStory, Leona turut menegaskan dia tidak pernah keluar bersama suami orang dan mengambil duit individu tersebut. Selain itu, Leona juga menjelaskan pada 2014 umurnya baru 12 tahun.
Saya nak cakap yang perkara itu 100 peratus tidak benar, saya tak pernah keluar atau jumpa dengan suami orang. Dan ibu bapa saya tahu dan percaya saya. Dia kata saya ambil duit dia sedangkan saya memang tak ambil langsung duit ibu bapa saya.
Dia kata saya menjalinkan hubungan sulit dari 2014. Tapi saya baru 12 tahun pada masa itu.
Sumber: Azhar Sulaiman, Leona