Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

KKM Arah Produk Aiskrim Haagen-Dazs Ditarik Dari Pasaran

Produk Aiskrim Haagen-Dazs Mengandungi Bahan Karsinogenik Jenis Etilena Oksida (ETO)
KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarah satu produk jenama aiskrim popular, Haagen-Dazs, ditarik semula daripada pasaran selepas dikesan mengandungi bahan karsinogenik jenis etilena oksida (ETO).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan berkata, penarikan balik produk itu berdasarkan laporan notifikasi Sistem Amaran Pantas untuk Makanan Suruhanjaya Amaran Makanan Eropah (EURASAFF).

Notifikasi itu menyatakan berlaku penarikan balik produk aiskrim dari Perancis yang mengandungi ekstrak vanila dari Madagascar dikesan mengandungi ETO melebihi tahap dibenarkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Noor Hisham Abdullah

Produk aiskrim tersebut juga telah dikatakan telah diedarkan ke beberapa buah negara termasuk Malaysia. Namun, pemantauan berterusan telah dilaksanakan untuk memastikan produk terbabit tidak dipasarkan di negara ini.

KKM

Beliau menambah, sekiranya terdapat keraguan terhadap produk berjenama terlibat yang dijual, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau menyalurkan pertanyaan melalui laman web sistem pengurusan aduan awam dan Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

Untuk makluman, Ethylene Oxide (ETO) merupakan sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik yang sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga. Ianya juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan.

Total
0
Shares
Related Posts