Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Titanic Dirakam Dalam Imbasan Digital Buat Kali Pertama

Seperti umum tahu, kapal mewah RMS Titanic karam di Lautan Atlantik Utara pada 15 April 1912, selepas berlanggar satu bongkah ais ketika dalam pelayaran sulungnya dari Southampton ke New York.

Baru-baru ini, bangkai kapal Titanic telah digambarkan dengan terperinci dalam imbasan digital bersaiz penuh pertama.

Model itu dicipta dengan data menggunakan pemetaan laut dalam yang dikumpulkan oleh dua kapal selam bernama Romeo dan Juliet semasa ekspedisi enam minggu ke tapak bangkai Atlantik Utara pada musim panas 2022.

Baca Juga: Nikola Tesla Pernah Ramal Penggunaan Telefon Pintar?

Imej resolusi tinggi bangkai kapal disifatkan sebagai “game changer“, untuk merungkai segala misteri yang berlaku tentang bencana itu.

Kini, bakteria mikrob telah memakan beberapa bahagian-bahagian kapal tersebut sehingga hancur. Ahli sejarah sedia maklum bahawa masa semakin suntuk untuk memahami sepenuhnya bencana maritim.

Teori mengatakan kapal RMS Titanic adalah Kapal RMS Olympic?

Terdapat beberapa teori yang mengatakan kapal yang karam itu bukanlah Titanic, sebaliknya, kapal R.M.S yang hampir serupa dengan titanic iaitu Olympic.

titanic

Menurut sumber, kapal R.M.S Olympic telah rosak dalam kemalangan pada tahun sebelumnya, tetapi disebabkan pemilik kapal tidak mahu menanggung kerugian, pemilik kapal tersebut telah menukar kapal tersebut dan memaklumkan bahawa Olympic adalah Titanic.

Kapal tenggelam disebabkan dari reka bentuk yang kurang berkualiti?

Pada 1 September 1985, ahli oseanografi Robert Ballard menemui serpihan kapal 2.5 batu di bawah permukaan laut, dan mendakwa bahawa kapal tersebut telah pecah dua sebelum tenggelam.

Sebelum ini, para penyelidik menyangka kapal itu karam selepas berlanggar dengan bongkah ais ketika memecut secara melulu melalui perairan berais berhampiran pantai Newfoundland.

Penemuan Ballard membawa kepada teori baharu bahawa kapal karam akibat daripada hasil kecacatan reka bentuk dan kualiti bahan yang digunakan oleh pemilik atau pembina.

Sumber: BBC, spyscape

Total
0
Shares
Related Posts