Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Chelsea Laungkan Azan Buat Pertama Kali Dalam Sejarah

Sejarah terlakar buat pertama kali apabila laungan azan Maghrib berkumandang di stadium Chelsea FC, Stamford Bridge.

Ia diadakan sempena Ramadan iaitu bulan berpuasa untuk umat Islam yang akan disambut bermula Rabu, 22 Mac hingga Jumaat 21 April.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki bernama Imam Imran Abu Hassan sedang melaungkan azan manakala orang ramai mengeluarkan gadget bagi merakam momen itu.

Nampak macam Stamford Bridge @ChelseaFC bukan sahaja rumah untuk Blues, tetapi juga tempat mengalu-alukan untuk semua agama.

Baca Juga: Tengok Anak Bulan Untuk Puasa & Raya, Kenapa?

Mendengar Azan itu adalah ‘matlamat’ sebenar bagi masyarakat Islam dan ‘kemenangan’ untuk bola sepak dalam mempromosikan perpaduan dan kepelbagaian

Sebelum ini, Yayasan Chelsea telah mengumumkan pihaknya akan menganjurkan Open Iftar di tepi padang di Stamford Bridge bersama dengan Ramadan Tent Project.

Total
0
Shares
Related Posts