Warner Bros telah mengumumkan pelancaran jelajah studio Harry Potter baharu yang akan dibuka di Jepun pada musim panas ini.
Tarikan itu, akan menampilkan set dan pengalaman eksklusif, akan ditempatkan di tapak taman hiburan Toshimaen di Nerima, Tokyo, yang ditutup pada Ogos 2020.
Peminat filem Harry Potter berpeluang merasai pengalaman berada di dunia Hogwarts dan banyak lagi serta dapat mempelajari cara filem itu dibuat, melihat kostum, prop, set dan lain-lain.
Baca Juga: Kurangkan Main Media Sosial Selama “15 Minit” Mampu Tingkatkan Kesihatan?
Antara set yang dipamerkan di Tokyo ialah 9 ¾, Diagon Alley, Dewan Besar Hogwarts dan Hutan Larangan.
Malah pengunjung juga boleh menjamu selera di cafe bertemakan ‘Wizarding’ di mana mereka boleh menikmati pelbagai juadah British bersama Butterbeer.
Menggunakan teknik asli untuk membuat platform 9 ¾
Set Platform 9 ¾ dicipta oleh pembuat filem asal Harry Potter menggunakan teknik tulen. Ia adalah rumah kepada Hogwarts Express yang merupakan lokomotif wap asli British yang dibina pada tahun 1929 yang dipanggil The Dumbleton Hall.
Dikendalikan oleh Great Western Railway, ia terus berjalan selama lebih 35 tahun sehingga ia bersara. Lokomotif itu telah diperbaharui di England sebelum dihantar ke Jepun untuk Studio Tour.
Taman tema indoor bertemakan Harry Potter itu bakal dibuka untuk pengunjung bermula pada hari Jumaat, 16 Jun dan jualan tiket pula akan bermula pada 22 Mac.
Sumber: variety