Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Lelaki Bunuh & Makan Kemaluan Kekasih Sejenis

Seorang lelaki kanibal di hukuman penjara seumur hidup selepas membunuh dan memakan buah zakar kekasih di Amerika Syarikat.

Suspek Mark Latunski berkenalan dengan Mangsa Kevin Bacon menerusi aplikasi Grindr (LGBT) dan bertemu pada malam sambutan Krismas tahun 2019.

Namun keesokan harinya keluarga mangsa mendapati bahawa Kevin telah hilang selepas gagal menghadiri majlis makan malam Krismas. Bimbang, mereka melaporkan kehilangan Kevin dan rakan sebiliknya mengesahkan bahawa dia tidak pulang malam sebelumnya selepas keluar bertemu orang yang tidak dikenali.

Baca Juga: Kejam! Wanita Simpan Mayat ‘Ibu’ Sebab Nak Guna Duit Pencen

Setelah tiga hari, polis akhirnya menemui kereta mangsa yang ditinggalkan lapan kilometer dari rumah suspek.

Menurut pengakuan suspek, dia menunjukkan kepada polis tempat persembunyian mayat mangsa di bilik bawah tanah rumahnya. Suspek juga mengantung mangsa secara terbalik sebelum memotong lehernya.

Lebih dahsyat lagi, suspek berusia 52 tahun itu menggunakan darah dan tulang mangsa untuk menyuburkan tanaman.

Susulan itu, suspek telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol atas sebab merancang pembunuhan.

Sumber: mirror.uk

Total
0
Shares
Related Posts