Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Cacing Pita Keluar Dari Badan Kerana Kerap Makan Daging Mentah?

Cacing pita sepanjang dua meter telah ditemui keluar dari badan seorang lelaki dalam kejadian di Thailand.

Perkara itu belaku kepada lelaki yang hanya dikenali sebagai Amarit Chuetamuen yang merupakan seorang pencinta tegar daging lembu mentah telah menjadikan sajian itu sebagai makanan kegemarannya sejak tiga tahun lalu.

Kejadian bermula apabila Amarit makan ubat cacing, anthelmintik sebelum tidur. Pada keesokan harinya, dia dikejutkan dengan merasakan ada ‘sesuatu’ yang tergelincir keluar dari bahagian bawah badannya.

Baca Juga: Ingat ‘Perut’ Lembu, Rupanya Kain Buruk

Pada awalnya, Amarit menyangka bahawa benda yang keluar dari perutnya itu adalah ususnya tetapi, apabila ia didapati bergerak, Amarit mengesahkan bahawa ‘benda’ itu adalah cacing pita berukuran 10 cm yang telah keluar dari badannya.

Susulan kejadian itu, Amarit telah memberi amaran kepada pencinta daging mentah supaya mengawal selera masing-masing. Malah, Kementerian Kesihatan Awam (Thailand) juga memberi amaran kepada orang ramai supaya mengelak daripada memakan daging mentah terutamanya daging khinzir.

Sumber: Thaiger

Total
0
Shares
Related Posts