Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kanak-Kanak Di Afrika Selamat Daripada Dimakan Badak Air

Sebelum ajal berpantang mati, itu yang boleh dikatakan kepada seorang kanak-kanak lelaki selepas badak air memuntahkan kembali mangsanya secara hidup-hidup di Afrika.

Menurut laporan, mangsa berusia dua tahun bermain sendirian di tepi tasik di bandar Katwe Kabatoro, Uganda, sebelum badak air membaham dan menelan mangsa.

Walau bagaimanapun, mangsa dikhabarkan terselamat selepas seorang saksi kejadian melemparkan batu kepada badak tersebut. Badak yang ketakutan memuntahkan mangsa dan lari menghilangkan diri.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Badak sumbu adalah pemangsa?

Untuk makluman, badak air tergolong dalam kategori herbivor. Rumput merupakan sumber makanan utama bagi badak air. Jadi kenapa badak air ini membaham kanak-kanak?

Baca Juga: Islamofobia: Masjid Di Manchester Dilempar Kepala Babi?

Menurut pakar, badak air memakan daging apabila mengalami nutrien yang tidak mencukupi terutamanya dalam keadaan sumber makanan yang terhad. Malah, badak air di kategorikan sebagai haiwan paling merbahaya di Afrika dan telah membunuh kira-kira 2,900 orang setiap tahun di Afrika.

Sumber: CNN, ugandasafariexpert

Total
0
Shares
Related Posts