Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu hantaran di Twitter telah memaklumkan bahawa luruan monsun dijangka akan memasuki rantau negara mulai 17 Disember ini.
Luruan Monsun diramalkan berpotensi membawa angin kencang, ombak besar serta hujan berterusan di negeri-negeri timur Semenanjung dan timur Sabah dalam tempoh 17 hingga 20 Disember.
Baca Juga: 9 Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Jalan Genting-Batang Kali
Malah, MetMalaysia juga mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor berkuatkuasa dari 17 hingga 20 Disember.
Orang awam dinasihatkan untuk mendapatkan kemas kini mengenai keadaan cuaca semasa menerusi laman web www.met.gov.my dan semua media sosialnya serta memuat turun aplikasi myCuaca.