Pelakon British, Henry Cavill mengesahkan bahawa dirinya tidak lagi akan kembali memegang watak Superman.
Berita ini mungkin mengejutkan peminat kerana Cavill baru-baru ini kembali memegang watak sebagai cameo dalam Black Adam.
Pelakon itu berkongsi berita itu dalam satu hantaran di Instagram pada hari ini dan dan menyatakan dia reda dengan keputusan diambil DC Films itu.
Baca Juga: Pembunuh Pakai Kulit Manusia Pencetus Filem Bunuh
Saya baru saja adakan pertemuan dengan James Gunn dan Peter Safran dan ia berita sedih. Saya tidak akan kembali sebagai Superman lagi. Ini bukan berita yang menyenangkan, tapi itulah kehidupan.
Henry Cavill
Pelakon ‘The Witcher’ itu juga menitipkan pesanan kepada peminat-peminatnya, terutama yang meminati watak Superman agar sentiasa menyokong watak fiksyen tersebut.
Baginya, walaupun tidak lagi memegang watak tersebut, Superman akan sentiasa ada bersama peminatnya.
Filem terbaharu akan menceritakan kehidupan awal Superman?
Susulan itu, James Gunn menjelaskan mengenai hala tuju dan masa depan watak Superman di Twitter.
Menurut Gunn, filem itu akan memfokuskan kehidupan awal Superman. Disebabkan itu Henry Cavill tidak melakonkan watak sebagai Superman.
Cerita kami akan memfokuskan mengenai kehidupan awal Superman, jadi watak itu takkan dilakonkan Henry Cavill
Untuk makluman, Henry membuat kemunculan pertama watak tersebut menerusi filem Man of Steels (2013) diikuti dengan Batman v Superman: Dawn of Justice (2016), Justice League (2017) dan Zack Snyder’s Justice League (2021).