Harga roti canai telur terpaksa dinaikkan dengan peningkatan sebanyak 70 sen sekeping roti susulan para peniaga roti canai menggunakan telur premium bagi meneruskan perniagaan mereka apabila menghadapi situasi terputus bekalan telur ayam.
Menurut laporan akhbar tempatan, kenaikkan itu bermula semenjak dua minggu lalu. Harga roti canai telur itu meningkat kepada RM3.20 sekeping daripada harga sebelumnya iaitu RM2.50 sekeping.
Kenaikan harga roti canai telur tidak dapat dielakkan kerana para peniaga terpaksa membeli telur gred B dengan harga RM19 sepapan berbanding RM13.40 sepapan sebelum ini.
Mat Sabu umum langkah import telur
Baru-baru ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu telah melaksanakan pelan jangka pendek dengan membawa masuk bekalan dari luar negara bagi menampung keperluan telur ayam dalam negara.
Baca Juga: Lelaki Berkerusi Roda Kena Saman Parking Tempat OKU?
Menurutnya, inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar bukan untuk menekan pengusaha industri telur ayam tempatan, sebaliknya bagi memastikan bekalan telur ayam dalam negara tidak terputus dan kebajikan rakyat terjaga.